
Sulit
3 tahun
Ubat pencair darah Plavix dan suntikan Vaksin AZ
Setiap hari saya mengambil ubat pencair darah Plavix seperti yang diarahkan oleh doktor saya. Adakah saya perlu hentikan pengambilan ubat ini 3 hari sebelum jadual vaksinasi AstraZeneca atau terus ambil ubat ini seperti biasa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan
Kami memahami kebimbangan anda tentang hal ini. Untuk makluman anda, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), individu mengambil ubat pencair darah sebagai sebahagian daripada ubat rutin mereka, tidak perlu menghentikan ubat ini sebelum penerimaan vaksin COVID-19. Hal ini kerana jika kondisi kesihatan anda layak untuk menerima vaksin atas nasihat doktor yang memeriksa anda, penerimaan vaksin tidak menjadi masalah dalam hal ini. Anda mungkin mengalami sedikit pendarahan atau lebam di bawah kulit, yang memerlukan anda untuk memberi tekanan sedikit lebih lama pada tempat suntikan.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya daripada doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat .
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini