
Sulit
3 tahun
Ubat pengugur kandungan
Saya seorang ibu yang baru melahirkan bayi pada 4 bulan yang lalu…saya tidak mengambil dan mengamalkan ubat perancang keluarga…saya sangat takut jika saya disahkan mengandung lagi sebab isu kewangan yang tidak dapat kami tanggung.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, pengguguran kandungan tanpa sebab adalah salah. Oleh itu, sekiranya kandungan anda pada kehamilan kali ini adalah berisiko, doktor yang merawat anda akan membuat keputusan sekiranya perkara ini perlu dilakukan.
Kami faham anda dan suami mungkin bimbang terhadap masalah kewangan keluarga, oleh itu sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor agar pemeriksaan lanjut dan nasihat boleh diberikan berdasarkan tahap kesihatan dan kandungan anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk mendapatkan nasihat Doktor Pakar kami.