
nitiyarahul
5 tahun
Ubat perancang yamin
Selamat sejahtera doktor . Says wanita 35 tahun. Saya ingin bertanya tentang ubat perancang yasmin. Adakah semasa mengambil ubat yasmin period mai sebelum habis ubat untuk bulan tertentu. Saya mengambilnya untuk bulan ini. ubat tinggal untuk seminggu lagi. Tetapi period Mai sebelum habis ubat… Adakah ini normal… Sebelum ini period saya memang tiada teratur… So doctor suruh consume ubat ini. Adakah ini normal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, antara kesan sampingan pil Yasmin adalah:
- Rasa loya dan tidak sedap badan
- Sakit kepala
- Sakit payu dara
- pendarahan atau spotting dalam masa beberapa bulan pertama setelah mula mengambilnya
- Haid tidak sekata
- Perubahab mood.
Anda disarankan untuk teruskan mengambil pil Yasmin. Jika pendarahan tidak terhenti selepas 2 minggu, anda disarankan untuk berjumpa doktor untuk rundingan selanjutnya.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami untuk penjelasan yang lebih tepat secara peribadi. Terima kasih