Sulit
2 tahun
Ubat prednisolone selepas vaksin
Salam. Saya lelaki berumur 45 tahun dan ada masalah gout / arthritis. Sy sebelum ni consume prednisolone utk anti radang (preskripsi doktor) dan nak tanya kalau selepas dos pertama vaksin AZ pada 30 Jun lepas boleh ke saya amik ubat tersebut bila ada attack selepas beberapa hari terima vaksin. Terima kasih.
2 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda akan kesan sampingan ubat prednisolone selepas menerima vaksin COVID-19.
Sebaiknya, anda berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kesan sampingan ubat tersebut dengan lebih teliti, supaya kelak anda tidak akan mengalami alahan ataupun reaksi terhadap vaksin tersebut. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.