
Sulit
3 tahun
Ubat tahan sakit lain selain paracetamol selepas divaksin
Hi doc. Sy baru lepas divaksin jenis sinovac dan harini hari ke 5. Soalan sy boleh ke ambil ubat tahan sakit jenis Veron selain paracetamol spnjg tmpoh 14 hari lepas vaksin? Sy ambil ubat ni sebelum ni sbb doc pernah suspect sy batu karang. Jd skrg sakit tu mcm dtg balik. Ada kesan sampingan lain tak ye? Sbb sy pernah tanya juga dkt doc farmasi dia ckp boleh dpt heart syndrome. Jadi sy mohon pencerahan dan penjelasan doc dulu. Tq in advance.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
akmi memahami bahawa anda ingina mengetahui jikalau anda boleh mengambil ubat sakit jenis Veron selepas vaksinasi.
Ubat yang dipasarkan sebagai Voren juga dikenali sebagi diclofenac.
Ini merupakan sejenis ubat tahan sakit .
Untuk pengetahuan anda ubat tahan sakit hanya perlu diambil jikalau anda mempunyai sakit.
Tiada interaksi antara ubat yang dinyatakan dan vaksin covid-19.
Tetapi adalah lebih baik jikalau anda mengambil panadol sahaja.
Ubat diclofenac ini mengikut kajian dikatakan akan menambahkan risiko masalah kesihatan yang berkaitan dengan jantung setelah 30 hari berturut-turut mengambilnya jikalau dibandingkan dengan ubat tahan sakit yang lain seperti panadol dan ibuprofen.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini