
Anonymous
5 tahun
Ubat turun haid dan hamil
Saya wanita umur 27.secara x sangka saya telah hamil.tetapi saya check upt nampak 2 line…tapi 1 line x jelas sangat. Di sebabkan x rancang,saya ingin gugurkan anak ini. Saya telah cuba makan ubat turun haid,masih x period lagi.minta panduan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan yang dialami oleh anda. Terlebih dahulu , sebelum anda mengambil ubat adalah amat disaranakan untuk anda mendapatkan pandangan daripada doktor sebelum berbuat demikian oleh sebab ia boleh menjejaskan kesihatan anda.
Untuk makluman pihak anda, kami tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami di link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan nasihat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi http://www.rraam.org untuk mendapatkan nasihat. Terima kasih.