ignatia2406
4 tahun
Ubat untuk bengkak telinga
Pada isnin 14/19 sy membuat tindik telinga skg bengkak boleh ka sy tahu cara melegakan bengkak… Dn sebab bengkak😢…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman
- Alahan pada subang yang digunakan
- Parut abnormal yang dikenali sebagai keloid
Bengkak yang anda hadapi seharusnya surut dalam masa beberapa hari. Walaubagaimanapun, agi mengetahui rawatan yang bersesuaian bagi mengurangkan bengkak tersebut, pelbagai soalan perlu diajukan sebelum membuat kesimpulan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.