
Wizra
6 tahun
Ubat untuk hilangkan parut jerawat
Hai dr, nak tanya muka saya ni berparut belas jerawat lama. Saya dh try guna cream hirusscar mederma semua dh. Tp gatal2 bila guna. Ada tak cream lain or ubat telan ke apa ke?

6 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih untuk soalan anda.
Jerawat, ataupun acne vulgaris merupakan salah satu masalah dermatilogikal yang amat sering berlaku terutamanya dalam kalangan remaja. Salah satu komplikasi masalah ini ialah ia akan menyebabkan parut pada kulit. Sebelum menangani masalah parut, kita perlu mengurangkan pembentukkan jerawat.
• Cuci muka anda sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut
• Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasakan minyak
• Pilih pencuci muka atau serum yang mengandungi niacinamide, salicylic acid atau benzoyl peroksida untuk mengurangkan pengeluaran minyak
• Amalkan pemakanan sihat
• Bersenam untuk membaiki pengaliran darah ke muka
• Kurangkan stress dan mengamalkan teknik relaksasi
• Elakkan daripada menyentuh muka dan jangan picit jerawat yang tumbuh
• Eksfoliasi muka anda 2-3 kali seminggu menggunakan berus muka, scrub ataupun “facemask” untuk mengurangkan parut
• Gunakan krim pelindung matahari untuk mengelakkan parut
• Gunakan produk yang mengandungi minyak “tea tree”, AHA dan BHA
Sekiranya langkah-langkah di atas tidak berkesan, anda patut nerjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan rawatan. Rawatan yang mungkin dicadangkan ialah ubat sapuan topikal yang mengandungi retinol . Sekiranya masalah anda lebih teruk, anda mungkin diberi ubat makan yang mengandungi retinol ataupun antibiotik.