
dhia5295
5 tahun
Ubat untuk ibu mengandung
Hi doctor.
Saya mengandung hampir 4bulan. Last appoinment saya dengan KK, KK memberikan saya ubat Zincofer. Setiap kali saya makan, 10-15 minit kemudian saya akan muntah balik. Rasa pening tak ada. Cuma muntah sahaja. Ada ke alternatif lain atau cadangan ubat lain untuk saya gantikan selain Zincofer?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, ubat tersebut mempunyai rasa yang boleh menyebababkan ibu hamil loya. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi farmasi untuk mendapatkan supplement iron yang lain. Nyatakan bahawa anda tidak sesuai untuk mengambil Zincofer kepada ahli farmasi, mereka akan menyarankan ubat iron lain. Pastikan dos nya mencukupi. ibu hamil perlu mengambil 27 mg Iron.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.