
Sulit
4 tahun
Ubat untuk mengugurkan kandungan
Selamat malam, doktor. Saya seorang wanita berusia 39 tahun. Saya mempunyai seorang teman lelaki. Baru-baru ini kami telah menjalinkan hubungan tanpa sebarang perlindungan. Hal ini telah mencetuskan masalah seperti tidak datang haid. Saya berasa sangat bimbang kerana takut kerana period saya masih belum dtg lgi sampai sekarang. Saya telah mengesahkan hal ini dengan mengambil ujian kehamilan yang dibeli dari farmasi. Saya mendapati ujian kehamilan menandakan ianya positif. Saya panik dan segera melayari internet untuk mencari jalan bagi menggugurkan kandungan saya ini. Saya ingin mendapat maklumat mengenai ubat gugur kandungan di farmasi atau bolehkah doktor memberi nasihat ubat apa kah yang sy patut sy ambil utk sy gugur kandungan ini dan kesan sampingannya? saya mengalami alahan mengandung yg teruk dh jga telah menjejaskan kesihatan dgn teruk. Bermula dr 1st hamil sampai sekarang iaitu 9 minggu. . sy akan muntah-muntah pada setiap masa dan paling sy tkot sekarang adalah tekanan darah sy turun sehingga 88/33. . purata tekanan darah sy setiap hari adalah 99/39, 93 - 95/62, 72. Ni menyebabkan sy langsung tak boleh bangun, dan juga akan menyebabkan saya akan pitam sekiranya saya berdiri. . Ni menyebabkan sy terpaksa mengambil keputusan untuk mengugurkan kandungan saya ni. .

4 tahun
Selamat sejahtera.
Berdasarkan keterangan masalah anda, anda tidak dinasihatkan untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan atas nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati.
Akan tetapi jika kandungan ini merupakan kandungan yang tidak diingini, saya sarankan untuk anda berjumpa dengan doktor. Anda mungkin tidak dibenarkan untuk menggugurkan kandungan namun pihak hospital boleh mencari jalan untuk membantu anda sepanjang anda mengandung dan mengurus bayi tersebut setelah dia lahir.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera. Anda tidak digalakkan untuk melakukan proses penguguran dengan sendiri kerana ianya merbahaya dan boleh membawa maut kepada anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.