
Sulit
3 tahun
Ujian Calitan COVID-19
Saya disahkan positif COVID-19 pada 8 Februari setelah membuat ujian air liur secara kendiri. Saya diarahkan kuarantin selama 7 hari tanpa perlu menjalani ujian calitan hidung.
Masalahnya, pada 2 Mac nanti, saya akan ke negara yang memerlukan pengembaranya membawa bersama keputusan RT-PCR negatif. Saya bimbang apabila saya menjalani RT-PCR, keputusannya masih positif kerana telah pernah positif beberapa hari lepas.
Soalannya, adakan benar seseorang yang telah disahkan positif COVID-19 akan kekal positif selama 90 hari sekiranya diuji selepas tamat kuarantin?

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Saya memahami kebimbangan anda, saya akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, hasil pemantauan terhadap pesakit COVID-19 yang sudah sembuh oleh Kementerian Kesihatan mendapati masih kekal menunjukkan keputusan positif dalam jangka masa yang panjang meskipun apabila mereka disahkan sembuh. Hal ini kerana ujian rt-PCR sangat sensitif dalam mengesan kehadiran protein virus.KKM membuat kesimpulan bahawa keputusan positif bagi pesakit yang sudah sembuh adalah disebabkan kehadiran fragmen virus yang sudah mati.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat informasi yang lebih terperinci sebelum anda merancang untuk berkembara. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk melakukan ujian saringan COVID-19
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini