
Sulit
4 tahun
Ujian darah di unit kecemasan hospital
Baru baru ini saya mengalami serangan panik dan dikejarkan ke unit kecemasan…ujian ecg mengatakan jantung saya sihat.namun sejumlah darah telah diambil dari tangan untuk dihantar ke makmal…keputusan ujian mengatakan saya adalah sihat. Boleh kah saya tahu apakah jenis pemeriksaan yg dilakukan hasil daripada ujian darah tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian darah.
Untuk makluman anda, saya tidak pasti ujian yang telah dilakukan kerana saya bukanlah doktor yang merawat anda. Sepatutnya anda bertanyakan kepada doktor yang merawat anda di sana tentang ujian darah yang telah dilakukan dan apakah maksud keputusan normal tersebut. Terdapat berpuluh-puluh jenis ujian darah di hospital dan setiap ujian tersebut mempunyai indikasi tersendiri.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.