
ariffahmn
5 tahun
Ujian darah kehamilan HCG
Saya ibu kepada 4 orang anak. Baru2 ini selepas saya lewat hampir seminggu tarikh haid,saya melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah dan didapati positif. Saya terus melakukan ujian scan dan doktor juga mengesahkannya. Semalam saya telah turun darah, tetapi tidak berterusan. Saya telah ke hospital dan doktor telah melakukan scan tetapi menurut doktor, tidak kelihatan kantung cuma keadaan rahim seperti mengandungi sesuatu. Saya turut diminta melakukan upt. Hasilnya positif. Maka doktor melakukan ujian hcg dan keputusan kandungan hormon saya 900 lebih. Doktor arahkan saya untuk ulang semula dalam tempoh 48 jam. Persoalan saya,adakah saya sebenarnya telah keguguran. Jika tidak,kenapa hasil imbasan tidak dapat mengesan kedudukan fetal? Atau saya mengandung luar rahim? Jika darah yang keluar itu tanda saya gugur, kenapa ia tidak berterusan dan bila upt dilakukan hasil masih positif? Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan ketika awal kehamilan boleh disebabkan:
- Keguguran
- Kehamilan ektopik - luar rahim
- Penyakit trofoblast
- Polip/fibroid di serviks/rahim pecah
Imbasan yang dilakukan doktor adakalanya tidak dapat mengesan janin kerana kesukaran mengendalikan mesin ultrasound tersebut. Ujian UPT masih boleh positif walaupun keguguran ataupun kehamilan ektopik kerana struktur yang membentuk janin tersebut masih ada. Doktor anda hendak mendapatkan bacaan HCG selang 48 jam agar mereka dapat mengesan corak perubahan HCG ini bagi mengenalpasti samada janin gugur ataupun tidak. Terima kasih.