Sulit
2 tahun
Ujian kelamin di klinik
Assalamualaikum saya ingin bertanya ,saya pergi ke klinik kerajaan dan amik sempel pada alat kelamin dimana satu ujian tu dia memasukkan ke dalam lubang saluran air kencing ,sebelum ujian tersebut beliau berkata tahan ye ni agak sakit ,saya tahan,selepas ujian tersebut saya terasa ingin buang air kecil dan terasa sakit pada saluran air kencing tersebut adakah itu normal tetapi sebelum ujian tersebut saya tidak berasa sakit semasa membuang air kecil.harap beri pencerahan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai jenis ujian yang dilakukan untuk mengetahui jenis penyakit kelamin yang dialami oleh seseorang individu. Ia merangkumi :
- Ujian darah : Biasanya dilakukan sekiranya sifilis atau HIV disyaki
- Sampel cecair badan (daripada tempat kemaluan) - Contohnya seperti jangkitan herpes
- Sampel air kencing - Diambil apabila jangkitan chlamydia atau gonorrhea disyaki
Memang biasa untuk merasakan kesakitan apabila mendapatkan sampel melalui saluran kencing. Namun, jika anda terasa sakit semasa membuang air kecil yang berpanjangan, sila rujuk kepada doktor untuk memastikan tidak berlaku kecederaan atau jangkitan pada bahagian saluran air kencing.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.