
Sulit
4 tahun
Ujian Kencing Berbuih
Selamat petang Dr. Saya telah mendapat keputusan urine daripada hospital…keputusan adalah normal.Tetapi saya masih mengalami kencing berbuih dalam keadaan sedikit dan hilang buih selepas minum banyak air…Adakah saya perlu mengulangi ujian air kencing.mohon pendapat Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang ujian kencing.
Untuk makluman anda, kencing berbuih boleh jadi normal atau tidak seperti jangkitan kuman pada saluran kencing. Sekiranya ujian air kencing anda normal, anda tidak perlu begitu risau tentang kencing yang berbuih. Doktor yang merawat anda pasti akan menahan anda di wad atau menyuruh anda melakukan ujian sekali lagi sekiranya terdapat kemusykilan pada keputusan ujian anda.
Sekiranya anda mengalami gejala di bawah, sila kembali rujuk masalah anda kepada doktor:
- Sakit ketika kencing
- Kencing berdarah
- Sukar untuk kencing
- Tidak boleh tahan kencing
- Kekerapan kencing meningkat
Masih gusar dengan masalah buah pinggang? Dapatkan nasihat daripada pakar perubatan kami.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.