
Sulit
3 tahun
Ujian ultrasound 6w6d kosong
Assalam hai dok… Sy nita berusia 32 thun… Hal yg sy alami adakah normal bila sy buat scan khmilan d usia 6w6d tp msi blum terlihat kantung… tp buat msa ni sy tdk ada alami apa2 pndrhan atau skit pd mn2 anggota bdn sy…

3 tahun
Walaikumussalam,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kerisauan anda mengenai keputusan scan kehamilan yang tidak dapat menunjukkan kantung pada minggu ke-6 kehamilan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kantung janin biasanya boleh dilihat melalui ultrasound dalam minggu ke-3 hingga minggu ke-5 kandungan. Namun, kemungkinan kantung tidak dapat dilihat kerana penggunaan scan ultrasound yang tidak setepat scan transvaginal (melalui faraj). Namun, ada kemungkinan lain untuk masalah anda, iaitu :
- Keguguran
- Kehamilan ektopik (luar rahim)
- Pengiraan usia kandungan yang salah
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor sekali untuk mendapatkan kepastian mengenai masalah anda. Anda boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.