
Seri
6 tahun
Ujian utp negatif, tetapi saya risau mengandung. Pernah mengandung luar rahim dan keguguran
Hai dokter. Sy berumur 29 tahun dan masih lagi belom mempunyai cahaya mata selepas 2 tahun berkahwin. Pada tahun lepas dalam jun 2017 sy telah keguguran tetapi semasa saya rasa saya mengandung tahun lepas. Semua ujian UPT sy negatif sehingga la pada satu hari sy hendak buat ujian pepsmier baru tahu sy mengandung dan dokter bagi tahu sy mengandung luar rahim. Lepas cek dgn dokter pakar then baby ok tapi x dpt bertahan lama. Sudah 2 minggu sy rasa pening, loya2, dan x sedap badan yang amat sangat tetapi pagi tadi sy buat ujian UPT sekali lagi negatif. Apa yg perlu sy buat dokter? Sy risau kalau sy mengandung then sy tersalah makan atau buat kerja berat akan menyebabkan masalah pada kandungan sy seperti kehamilan yg lepas.

6 tahun
Salam sejahtera.
Kkeguguran itu merupakan masalah yang amat biasa dalam kalangan wanita. Keguguran tidak bermaksud bahawa anda tidak subur. Punca utama yang menyebabkan keguguran adalah embryo yang bermasalah dan tidak mempunyai peluang untuk hidup walaupun dilahirkan dengan berjaya. Oleh itu, keguguran merupakan sejenis proses fisiologi untuk membuang embryo yang bermasalah supaya ia tidak akan membahayakan kesihatan badan anda.
Dari kenyataan anda di atas, anda telah diberitahu bahawa anda telah mengandung di luar rahim. Kondisi ini dikenali sebagai ectopic pregancy atau kehamilan ektopik. Kehamilan ektopik merupakan sejenis kondisi di mana kehamilan berlaku di dalam tiub Fallopian (lokasi paling biasa untuk kehamilan ektopik), rongga abdomen, ovari, cornu rahim dan serviks dan bukannya di dalam rahim. Kehamilan ektopik merupakan kondisi yang sangat berbahaya kepada ibu kerana saiz embryo yang makin membesar di tiub Fallopian akan menyebabkan tiub Fallopian menjadi tegang dan lalu pecah.
Perasaan pening, loya, dan kurang selesa berkemungkinan merupakan tanda-tanda kehamilan ektopik. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan segera. Biasanya, pembedahan teropong digunakan untuk merawat kehamilan ektopik. Kaedah ini membolehkan doktor untuk melihat dan membuang kehamilan ektopik tersebut dengan lebih tepat dan cepat. Untuk wanita yang tidak mempunyai tanda, rawatan konservatif menggunakan ubat methotrexate boleh digunakan.

6 tahun
Hai. Salam sejahtera dan terima kasih kerana bertanyakan soalan ini.
Secara amnya, kandungan di luar rahim tidak akan berkembang dengan normal. Ini kerana lokasi lekatan telur yang telah disenyawakan tersebut berada di tempat yang sempit, khususnya pada tiub fallopian. Tiub fallopian adalah bahagian anatomi yang menghubungkan ovari dan rahim wanita. Apabila janin menjadi semakin besar, tiub fallopian tersebut tidak dapat menampung saiznya dan mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk pecah. Apabila kandungan luar rahim pecah, maka si ibu akan mengalami pendarahan yang boleh memudaratkan nyawa.
Antara risiko untuk seseorang wanita itu mendapat kandungan luar rahim adalah radang pada organ peranakan (PID), alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD), proses persenyawaan di luar rahim (IVF), sejarah pembedahan perut dan organ dalaman yang boleh menyebabkan parut, pil perancang keluarga dan sejarah kehamilan luar rahim pada sebelumnya.
Dengan menggunakan maklumat yang diberi oleh puan, perkara yang paling utama yang perlu dilakukan sekarang adalah puan perlu dengan secepat mungkin pergi ke hospital untuk mendapatkan pengesahan yang lebih lanjut.