
zeroboo91
5 tahun
Ukuran Head circumference janin kecil
Hai doc. Sy sedang hamil 30w 5d. Baru2 ni ada scan baby dan hasilnya ukuran Hc bayi hanya 262mm sahaja (26w 4d) Ac 243mm (28w4d) FL 58.6mm (30w 4d) BPD 69.2mm (27w 6d). Adakah ini petanda abnormalities pada bayi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda ianya boleh jadi bayi yang normal namun bersaiz kecil.
Selain daripada itu, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan saiz kepala bayi kecil seperti,
- Genetik daripada keturunan dan kebanyakan keadaan ini adalah normal
- Penyakit genetik seperti Down’s syndrome, Edward’s syndrome, Cri du Chat syndrome
Untuk berbincang tentang kemusykilan yang anda hadapi dengan lebih tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.