Sulit
4 tahun
Ulser pada bhgn tepi lidah sebelah kiri
Saya teha berumur 26 thn dan sudah berkahwin. Saya mempunya ulser di bhgn tepi lidah sebelah kiri menyebabkan saya sakit ketika mengunyah. Dh seminggu sy rasa sakit ni. Bru sekali saya kumur air garam. Pd masa sama dinding dlm pipi sy jugak sakit ketika ditekan tp tidak menunjukan sebarang tanda pelik. Cumanya pada 3 minggu lps gigi geraham bongsu sy tengah nak tumbuh jd gusi sy turut bengkak namun tidak lama apabila ianya makin surut dan hilang. Slps seminggu ke dua minggu bru jd sakit ulser ni dan pipi kiri sy tp tidak bengkak. Mcm mane tu doktor? Saya risau tentang kondisi sakit ulser ni.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang alami boleh disebabkan:
- Kecederaan ketika mengunyah
- Kurang nutirisi seperti vitamin B
- Jangkitan virus EBV - boleh disebabkan bercumbu
- Radang akibat dari ketumbuhan gigi bongsu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.