
Sulit
4 tahun
Ulser pada lidah tetapi ianya tidak menyakitkan jadi saya mahu tahu kenap ianya berlaku dan mungkin cadangan daripada doktor buat saya
saya seorang lelaki berumur 17 tahun,saya mendapati terdapat ulser pada bahagian lidah saya yang berhampiran dgn tekak tetapi secara jujurnye saya tidak pasti ianya ulser ataupun tidak kerana saya tidak merasa salit langsung,malahan saya tidak mempunyai simptom sakit tekak,sakit lidah atau sakit mulu, dan saua tidak merasa sakit langsung pada mana2 bahagin dia mulut atau lidahh

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Namun begitu, disebabkan saya tidak dapat melakukan pemeriksaan secara fizikal dan dengan lebih terperinci saya tidak dapat memberikan kesimpulan yang sempurna tentang masalah yang anda hadapi.
Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor di klinik berdekatan jika anda mempunyai gejala-gejala seperti:
- Demam
- Sakit tekak
- Sesak nafas
- Loya dan muntah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.