
Sulit
5 tahun
Ulser rongga mulut blom baik
Sy nk tanye…knp ulser rongga mulut sy lom sembuh lg…sy dah jumpa dktr Ent…tpi tiada perubahan lg…ulser rongga mulut lum sembuh lg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Secara umum, ulser yang tidak baik boleh jadi adalah merupakan petanda penyakit sistematik seperti kanser. Pengubatan keluhan anda ini perlu merujuk ke doktor berulang kali sehingga diagnosis sebenar ditemukan. Justeru, saya menasihati anda agar tidak cepat berputus asa dan rutin melakukan check up dengan doktor untuk evaluasi lanjutan.
Untuk membincangkan lanjut masalah anda, boleh rujuk kepada doktor disini. Sila klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.