
Sulit
4 tahun
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kehamilan
saya, 20 tahun. saya ingin bertanya jika melakukan hubungan bersama suami saya sehari sebelum datang period, adakah saya bakal hamil? period saya berhenti tiba-tiba pada hari ke-4, sebelum ni period saya berjalan lancar dan habis pada hari ke-7.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda mengalami suatu tempoh pendarahan haid setelah melakukan hubungan seksual, anda berkemungkinan besar tidak mengandung. Namun jika anda menginginkan kepastian, anda boleh melakukan ujian kehamilan.
Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Mengenai tempoh haid anda, ianya boleh berubah atau menjadi tidak teratur disebabkan pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan, anda boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Anda masih risau tentang masalah haid? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!