Sulit
5 tahun
UPT positif tapi haid
Saya period 9/3/2020 …tapi pada tarikh sepatutunya saya datang period, ia tak datang…so saya tunggu seminggu untuk melakukan ujian upt. saya melalukan 4 kali ujian upt dirumah. semua ujian menujukan double line…tapi pada 19/4/20 saya period. adakah saya positif hamil ataupun saya ada masalah lain. patutkah saya pergi berjumpa Dr ataupun biarkan saja sampai period saya habis?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, segelintir wanita hamil mengalami pendarahan berwarna coklat/ merah yang sedikit. Oleh itu, anda harus kenal pasti samada anda mengalami period atau pendarahan seperti saya nyatakan. spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Jika anda telah haid, kemungkinan untuk hamil adalah rendah. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah sekali lagi dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























