azuasyafiqa
4 tahun
Upt +ve tapi keluar darah
Hi doc. Saya nak tanya satu soalan . saya dah berkahwin. Dan baru2 ni saya ada buat pregnant test dari 22hb - 26 hb. Setiap haritu Result yg saya dpt double line +ve Dan harini ada darah keluar. Ape maksud tu doctor ?? Harap Sangat doc dapat bantu
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan yang anda alami boleh disebabkan:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Kehamilan luar rahim
- Keguguran awal kehamilan
- Masalah pembekuan darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.