
Sulit
4 tahun
Urat tengkuk dan belikat sering terganggu
salam , saya mengalami masalah sengal@sakit urat di bahagian tengkuk kanan dan belikat kanan . sering merasa sengal . kepala sebelah kanan sering juga rasa sengal dan kebas2 hingga atas kepala . bila saya urut2 urat seperti berbunyi krup2… ada kah masalah angin atau sebaliknya …tulang belakang saya agak kelihatan bongkok sedikit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu lenguh di bahagian leher belakang dan badan. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tarikan ligamen atau otot
- otot kejang / muscle spasm
- trauma/ kecederaan/kemalangan
- Masalah saraf
- Masalah jantung
- Radang selaput dada (costochondritis)
Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami simptom seperti:
- Kesukaran bernafas
- Muntah atau pitam
- Berpeluh yang tidak terhenti
- Gejala bertambah berat
- Gejala yang anda alami berterusan
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Masih risau dengan sakit belakang anda? Usah gusar, pakar tulang (Orthopaedics) kami sedia membantu!