
Anonymous
6 tahun
Urin berdarah ketika berpantang
Sejak saya bersalin pada 10 April 2019, saya mengalami kencing berdarah sehingga kini(10 Mei 2019). Saya telah ke klinik dan doktor memaklumkan ianya hanya darah nifas dan tiada yang perlu dirisaukan. Namun pad saya telah bersih dari darah nifas dan saya masih mengalami kencing berdarah… Normal ke darah nifas di saluran kencing?? Atau ianya disebabkan hal lain

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan terhasap masalah kesihatan anda.Secara amnya, selepas 10 hari, darah nifas yang berlepas dari faraj akan bertukar menjadi seolah-olah seperti keputihan berwarna coklat ke kekuningan atau putih, dan ini dinamakan Lokia.
Jika anda mengalami simptom berikut, anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor kerana tanda-tanda ini mungkin menandakan anda sedang mengalami jangkitan atau masalah lain yang mungkin serius.
- Pelepasan nifas, atau lokia, yang mempunyai bau yang tidak menyenangkan
- Anda menggigil atau demam
- Gatal kemaluan
- Sekiranya pendarahan kekal merah terang dan banyak seperti pendarahan pada minggu pertama
Untuk maklumat lanjut klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih