
Sulit
4 tahun
Urinary infection dan darah dalam kencing
doktor saya berumur 27 tahun…saya ada masalah urinary infection dan gastrik dan diberikan ubat untuk kedua sakit tersebut…saja juga ada kesakitan di bahagian pelvis terutamanya ketika buang air kecil…dan dua tiga hari ini ketika buang air kecil kadang terdapat titisan darah ketika penghujung buang air kecil…apa kah punca nya doktor…adakah di sebabkan urinary infection atau pon di sebabkan ubat yg diambil

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing berdarah yang anda alami boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya:
- Pendarahan haid yang tidak habis
- Radang saluran/pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Masalah buah pinggang - seperti penyakit imun (SLE, penyakit Wegener)
- Kesan ubat atau makanan
- Kecderaan pada organ peranakan
- Sindrom nefritik
Khuatir masalah ini berlanjutan sehingga memudaratkan kesihatan anda, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.