
Sulit
4 tahun
Urinary infection dan darah
doktor saya lelaki dan berumur 27 tahun…saya ada masalah urinary infection dan diberikan antibiotik janacin norfloxacin 400mg…selepas ambil antiobiotik ini saya perasan terdapat beberapa titisan darah di penghujung air kencing…apakah sebabnya…disebabkan kesan ubat yg diambil atau pon lain

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, jangkitan pada saluran kencing (urinary infection) boleh menyebabkan masalah kencing berdarah. Terdapat juga masalah lain yang boleh menyebabkan kencing berdarah seperti:
- Masalah batu karang
- Masalah prostat
- Penyakit buah pinggang
- Masalah pembekuan darah
Jika masalah ini berlarutan, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.