
Sulit
5 tahun
Urinary Tract Infection dan sedang mengambil antibiotik
Hi doc, saya perempuan berusia 38 tahun. Saya mengalami ear infection dan dibekalkan antibiotik Augmentine selama 6 hari. Hari ini adalah hari kelima saya mengambil antibiotik tersebut.
Hari ini saya dapati saya sakit ketika membuang air kecil seperti terkena jangkitan (UTI). Adakah saya mengalami UTI sedangkan saya sedang mengambil antibiotik buat masa ni?
Apakah cara untuk saya hilangkan rasa sakit ketika buang air kecil ini ye. Memandangkan puasa saya tidak dapat minum air di siang hari.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kencing rasa pedih yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan saluran/pundi kencing
- Batu karang
- Alahan saluran kencing terhadap sabun
- Jangkitan penyakit kelamin - sekiranya ada melakukan seks bebas
- Kecederaan pada alat kemaluan
Rawatan bergantung kepada punca masalah yang anda hadapi. Pengambilan antibiotik disebabkan masalah lain kebiasaannya tidak menyebabkan kencing kotor.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.