
Sulit
5 tahun
Urine seperti ada lendiran
Hello doktor… Saya nak tanya, sejak pagi tadi saya perasan air kencing saya seperti ada serat atau lendiran halus… Saya tak pasti tu apa… Saya ada mengambil sample urine saya, dari situ la saya nampak urine saya seperti berserat… Adakah itu tanda saya sudah hampir waktu subur atau ada masalah lain ye doktor?? Last period saya 2 November 6 November…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kondisi air kencing yang mempunyai lendiran ini boleh disebabkan beberapa punca seperti:
- Keradangan saluran/pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sindrom nefrotik - apabila buah pinggang tidak dapat menapis protein lebihan dalam badan
- Lendiran dari faraj bercampur air kencing
- Jangkitan kandidiasis atau vaginosis bakteria
Berdasarkan kiraan haid anda, anda secara amnya sudah memasuki waktu subur dan sekiranya ingin hamil, tempoh ini adalah disarankan. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.