
Anonymous
5 tahun
Usia anak masih 16 bulan tapi sudah mengandung lagi. Anak pertama dan kedua caesar semua. Apakah sudah boleh mengandung lagi
Assalamualaikum dok
Saya mau tanya.
Kalo kita tidak datang bulan. Tau tau kita mengandung cara menghitung nya bagaimana ya dok

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, jika anda tidak mengambil sebarang kaedah perancang kehamilan selepas bersalin walaupun anda menyusukan anak. Sekiranya anda telah melakukan hubungan seksual tanpa perlindungan, maka anda berpotensi untuk hamil.
Namun begitu, berdasarkan keterangan anda, memandangkan anda bersalin secara caesar bagi anak pertama dan kedua, jika anda sedang hamil ketika ini, kehamilan anda ini adalah berisiko dan boleh membahayakan anda dan kandungan kerana luka pada rahim dan perut anda masih baru dan boleh menyebabkan pendarahan apabila kandungan anda semakin membesar.
Oleh itu, untuk mengetahui status kehamilan anda, sila dapatkan ujian kehamilan atau rujuk kepada doktor agar tindakan yang sesuai boleh diambil bagi mengelakkan sebarang komplikasi serius. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.