
Sulit
3 tahun
Usia kandungan 10 minggu tp tidak rasa denyutan diperut
Salam doc saya Hamil 10 minggu tp tak dapat rasa denyutan diperut adakah normal,saya pernah ada sejarah keguguran tahun lepas…Dan saya mempunyai penyakit asma Dan kencing Manis…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, denyutan jantung bayi boleh didengari melalui pemeriksaan fizikal menggunakan stethoscope ataupun ultrasonografi. Denyutan janin boleh menjadi sukar untuk didengari jika kandungan air terlebih dan boleh disebabkan oleh pelbagai sebab lain.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor lebih-lebih lagi jika anda merasakan jika bayi anda tidak lagi bergerak secara normal. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.