
Sulit
3 tahun
Usia kandungan tidak selari dengan waktu period terakhir
Saya disahkan hamil 5week pd 2minggu lepas… Last period sy ialah pada 28/4. Dr minta sy repeat scan selepas 2 minggu iaitu pd usia kandungan 7week…Namun begitu,saya telah repeat scan & Dr mendapati usia kandungan baru masuk 6w… adakah itu normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami sangat memahami kebimbangan anda tentang usia kandungan yang tidak selari dengan waktu terakhir period terakhir. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, usia kandungan yang berdasarkan waktu terakhir datang haid (last menstrual period) hanyalah anggaran kepada usia kandungan yang sebenar. Tambahan lagi, untuk mengetahui usia kandungan bayi yang lebih tepat pengiraan harus bermula dari tarikh persenyawaan telur dan sperma yang berlaku.
Lazimnya kaedah ultrasound merupakan salah satu kaedah utama bagi menentukan atau menganggarkan usia kandungan.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk ke klinik atau hospital anda untuk maklumat yang lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.