
Sulit
3 tahun
Vaccine covid 19 side effect
Suami saya berumur 37 tahun dan sudah lengkap dua dos vaksin covid 19. Tetapi kesan sampingan nya seperti kakj tangan lemah tidak berdaya, kepala yang memusing musing, tidak mampu berdiri dengan lebih lama dan juga perut sering kejang dan sendawa sudah lebih sebulan. Suami tidak boleh bekerja. Untuk pengetahuan doktor suami saya bekerja sebagai peneroka generasi ke2 kelapa sawit. Kerja yang sgt berat sebelum ini. Tetapi sekarang tidak mampu bekerja. Kami sudah membuat ujian darah dan semua normal. Sampai bilakah kesan ini berpanjangan?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami bahawa suami anda mengalami gejala lemah badan, pusing kepala serta angin pada perut terutamanya selepas melengkapkan vaksin COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan dalam menangani wabak corona virus. Namun begitu, ia juga boleh menyebabkan kesan sampingan yang selalunya bertahan sehingga 13 hari. Dalam situasi yang sangat jarang berlaku, beberapa individu akan mengalami kesan sampingan berpanjangan dan serius seperti:
- sakit kepala
- gangguan penglihatan
- pengsan atau sawan
- sakit perut atau dada
- bengkak atau sakit pada kaki
- sesak nafas
- senang untuk lebam
Jika masalah ini amat mengganggu anda, perkara ini boleh dirujuk kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Jabatan ini menguruskan kes kesan sampingan vaksin COVID-19.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Namun begitu, terdapat juga kemungkinan simptom yang dialami disebabkan oleh beberapa penyakit lain. Antaranya:
- Gastrik
- GERD
- Jangkitan H. Pylori
- Ulser perut
- Anaemia
- Sakit jantung
Berikut merupakan diagnosis umum. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Kami menasihati agar masalah ini dirujuk kepada doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini