
Sulit
3 tahun
Vaccine kalau ada sakit bole ke
Salam dctor.Next week saya dpt vaccine.Tapi cth kalau saya ada sakit yg agk teruk seperti kanser atau ketumbuhan dalam badan dan saya mengambik vaccine adakah ada effect kepada saya.Kerana saya rasa tidak selesa dia payudara kiri saya seperti ada benda keras seperti ketumbuhan tetapi saya merahsiakan kepada ibu bapa dahulu.Apakah effect kalau saya terus amik vaccine tanpa check

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami anda ingin mengetahui jika ia selamat untuk anda mengambil vaksin memandangkan anda mempunyai ketulan pada payudara. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, vaksin Covid-19 adalah selamat diambil, malah amat disarankan kepada mereka yang mempunyai penyakit komorbiditi. Vaksin Covid-19 hanya dikontraindikasikan kepada mereka yang mempunyai sejarah alahan teruk terhadap ubat-ubatan dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan akut. Oleh itu, anda tidak perlu risau dan boleh mengambil vaksin seperti yang ditetapkan. Namun, ketulan pada payudara anda perlu diperiksa kerana ia boleh disebabkan oleh penyakit payudara seperti fibroadenoma, sista ataupun yang lebih serius, kanser payudara. Kami amat menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca ketulan pada payudara anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini