
Anonymous
6 tahun
Vagina berbau busuk
Saya wanita dalam 20an, saya mengalami penyakit dimana faraj saya mengeluarkan bau seperti ikan kering selepas berhubungan seks.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom yang anda nyatakan iaitu faraj mengeluarkan bau seperti ikan selepas seks selalunya boleh disebabkan oleh masalah yang dinamakan bacterial vaginosis. Ini terjadi apabila bakteria di faraj anda tidak seimbang. Masalah ini boleh terjadi akibat perbuatan seperti:
- Mempunyai ramai pasangan seks
- “Douching” iaitu mencuci kemaluan dengan pewangi
- Menggunakan pencuci faraj yang tinggi bahan kimia
- Tabiat pemakanan atau sistem imun tubuh yang menyebabkan bakteria faraj tidak seimbang
Untuk mengesahkan punca masalah yang anda hidapi, anda perlulah mendapatkan rundingan lanjut dan memberikan maklumat lanjut dan menjalani pemeriksaan agar ia dapat dirawat dengan tepat. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda juga akan kami jaga. Terima kasih.