
Sulit
4 tahun
Vaksin anak. Tiada buku pink
Saya mengandung anak luar nikah . Sekarang saya dah bersalin di rumah. Saya dah 25 hari tapi anak saya belum mendapat kan vaksin apa saya perlu buat. Saya mahu ke klinik tapi saya tak pernah check kandungan saya. Sebab malu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, tiada halangan untuk wanita yang tidak berkahwin untuk membuka buku pink. Perkara tersebut dialu-alukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) demi menjaga kesihatan dan keselamatan ibu dan anak. Anda disarankan untuk segera ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan atau vaksin anak anda.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih