
ngie.mec
3 tahun
Vaksin Astra utk Low Bp dan High heart rate
Saya wanita berumur 40tahun, bacaan bp rendah (below 100) dan high heart rate (91-97). Bolehkah saya mengambil vaksin astrazaneca?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai bacaan tekanan darah rendah, denyutan jantung dan pengambilan vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada semua pihak. Tambahan lagi, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Sekiranya terdapat sebarang keraguan, anda digalakkan untuk mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan ataupun kepada pegawai perubatan di Pusat Pemberian Vaksin anda.
Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau JKJAV.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
info@vaksincovid.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini