
zulfotofever
4 tahun
Vaksin AstraZeneca PWTC
Saya mempunyai penyakit darah tinggi dan menggunakan ubat Perindopril 8mg & Amlodipine 10mg. Bolehkah saya menerima vaksin Covid-19 (AstraZeneca) ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Semua penduduk Malaysia berusia 18 tahun yang layak boleh menerima vaksin COVID-19. Keutamaan diberikan kepada petugas barisan hadapan, mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 seperti warga emas, pesakit dengan masalah perubatan seperti pesakit jantung, kencing manis, darah tinggi, asthma, kanser dan sebagainya
Golongan yang tidak layak menerima vaksin adalah:
- mempunyai sejarah kemasukan ke hospital akibat dari alahan yang teruk;
- mengalami reaksi alahan yang teruk setelah menerima dos pertama vaksin
jenama ini; - mempunyai reaksi alahan yang teruk terhadap mana-mana vaksin yang pernah
diterima sebelum ini; - sedang hamil; atau
- sedang menyusukan bayi
Namun terdapat kondisi di mana, golongan harus mendapatkan vaksin seperti petugas barisan hadapan yang hamil perlu mengambil vaksin COVID-19.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini