
Sulit
4 tahun
Vaksin BCG. Kenapa anak saya tiada parut BCG? Apa perlu saya buat? Akan datangkan apa2 kesan tak?
Anak permpuan saya tiada scar vaksin BCG. Skrg umur 5 thn, katanya umur 7 thn nanti perlu divaksin semula. Betulkah? Sy perlu buat di private ke? Atau ada buat di kerajaan? Ada apa2 kesan ke jika tiada scar? Apa perlu sy buat? Kenapa boleh jadi begini ye? Masa lahir dah dapat suntikan tu (lahir di GH)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemusykilan anda pada masa ini. Untuk makluman anda, tiada parut suntikan BCG tidak semestinya bermaksud anak anda tidak menerima suntikan tersebut. Sekiranya tiada parut BCG, anak anda akan disuntik vaksin tersebut pada umur 7 tahun sekiranya tiada parut kelihatan.
Ia tidak akan mendatangkan apa-apa kesan sekiranya anak anda tidak mempunyai parut tersebut. Kami sarankan anda untuk menyimpan rekod imunisasi anak anda semasa kecil supaya boleh menjadi rujukan doktor yang melihat anak anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.