
Sulit
4 tahun
Vaksin covid 19 adakah boleh diambil
Saya wanita berusia 29 tahun… Simptom sya alami
- Hidung tersumbat sepanjang masa
- Kadang2 pening
- Kebas tangan kiri
- Dada sakit
- boleh rasa degupan jantung kuat
- Telinga gatal
Saya telah membuat pemeriksaan… Ujian darah, ecg, tyroid dan cek tekanan darah semua normal… Saya akan mengambil suntikan vaksin dalam tempoh terdekat adakah boleh saya ambil kerana masa isi borang bila ditanya tentang sakit saya susah nak jawab sebab sudah pergi ke klinik semua normal…mohon penjelasan dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham situasi anda pada masa ini. Untuk pengetahuan anda, kami memerlukan maklumat lebih lanjut mengenai gejala yang dialami oleh anda dan gejala-gejala ini memerlukan pemeriksaan lanjut sama ada ia berpunca daripada virus COVID-19 ataupun sebab lain.
Bergantung kepada keputusan atau diagnosis yang diberikan oleh doktor, sekiranya anda disahkan positif COVID-19 ataupun mempunyai sejarah jangkitan virus tersebut, anda akan dikecualikan daripada menerima vaksin tersebut memandangkan anda telah mempunyai imuniti untuk melawan virus tersebut.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Secara ringkas, berikut merupakan beberapa kriteria pengecualian penerimaan vaksin COVID-19 pada seperti yang telah digariskan di dalam garis panduan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan:
- Pernah disahkan positif COVID-19
- Mempunyai sejarah alahan terhadap mana-mana vaksin sebelumnya
- Mempunyai sejarah alahan terhadap bahan yang digunakan di dalam vaksin
- Mempunyai reaksi alahan setelah menerima suntikan dos pertama COVID-19
- Golongan ibu hamil dan menyusukan anak
- Golongan kanak-kanak
- Golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya gejala yang dialami boleh diketahui puncanya dan boleh ditangani.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini