
Sulit
3 tahun
Vaksin COVID 19 ( SINOVAC )
Assalamualaikum dokter … saya ingin cucuk vaksin jenis SINOVAC tapi saya risau kalau Ada side effects pada diri saya … adakah vaksin SINOVAC ini selamat untuk remaja yang berumur 17 tahun ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sinovac diiktiraf selamat digunakan dan hanya selepas kajian vaksin ini diberikan kepada orang ramai.
Sekiranya vaksin itu diluluskan oleh badan pengawal selia yang berkenaan dan digunakan oleh kerajaan Malaysia, kita harus yakin bahawa ia selamat dan berkesan.
Selain itu, anda disarankan juga untuk terus memantau kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga yang disarankan. Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini