
Sulit
4 tahun
Vaksin COVID-19 untuk ibu mengandung
Hai doktor, saya wanita, 27 tahun. Sekarang saya sedang mengandung anak pertama. Soalan saya, boleh atau tidak ibu mengandung ambil vaksin COVID-19? Adakah berbahaya? Saya risau. Tolong bantu saya doktor. Terima kasih

3 tahun
Hai! Selamat sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, tahniah atas kehamilan anda!
Untuk makluman anda, berdasarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), wanita mengandung boleh mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, namun perlu mendapatkan nasihat pakar atau doktor masing-masing. Perkara ini penting bagi menentukan keperluan mengambil vaksin COVID-19 terutamanya bagi kakitangan kesihatan, bergantung kepada tahap kesihatan masing-masing. Buat masa ini, belum ada data tersedia mengenai pemberian vaksin kepada wanita mengandung. Para pengkaji masih dalam proses meneliti faktor keselamatan, toleransi, dan imunogenik dalam kajian yang dijalankan terhadap wanita yang hamil. Walaupun tidak dinafikan golongan ini memerlukan vaksin disebabkan mereka mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti COVID-19. Namun, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kerana data yang tidak mencukupi, pemberian vaksinCOVID-19 kepada ibu mengandung adalah tidak disyorkan buat masa ini. Namun perkara ini terkecuali sekiranya wanita mengandung tersebut mempunyai risiko menjadi rentan, misalnya seorang petugas barisan hadapan. Vaksinasi dapat dipertimbangkan atas kebenaran dan nasihat pakar.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini. Untuk info lanjut, anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini