
Sulit
3 tahun
Vaksin covid-19 untuk pesakit alahan seafood
Saye mempunyai alahan seafood…akan bengkak mulut dan keronkong apabila makan seafood…boleh ke saye mengambil vaksin??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan anda terhadap alahan anda kepada makanan laut (seafood) dan pengambilan vaksin COVID-19. Jangan risau kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diambil tetapi disebabkan anda mempunyai sejarah alahan terhadap seafood, pemeriksaan lanjut dan penilaian kesihatan penuh perlu dilakukan. Selain itu, anda juga boleh berkomunikasi dengan doktor di kaunter penilaian kesihatan dan memberitahu doktor mengenai alahan anda semasa berada di pusat pemberian vaksin (PPV) .
Anda dinasihatkan untuk berhenti mengambil makanan laut ataupun seafood sebagai langkah pencegahan daripada alahan makanan laut dan mengelakkan sebarang komplikasi kepada tubuh badan anda. Namun, tanpa perlindungan daripada vaksin, anda berisiko tinggi untuk mengalami komplikasi yang serius jika dijangkiti COVID-19
Oleh itu, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar mengenai masalah ini. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC). Selain daripada itu, teruskan rutin kerap melakukan kebersihan tangan dengan baik, amalkan penjarakan sosial/fizikal, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP pandemik yang lain.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini