
Sulit
3 tahun
Vaksin Covid 19 untuk PLHIV
Salam Sejahtera,
Memandangkan appointment saya dengan doctor agak lama lagi tarikhnya, disini saya ingin bertanyakan pada doctor beberapa soalan.
-Adakah PLHIV selamat ambil vaksin covid 19?
-Sekiranya ianya selamat, apakah saranan doctor untuk jenis atau brand vaksin yang sesuai untuk PLHIV dengan bacaan CD4:1267,VL:<20?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit yang dihadapi iaitu HIV dan pengambilan vaksin.
Berdasarkan informasi terkini, semua jenis vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan pada pesakit HIV. Tambahan pula, setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mendapatkan vaksinasi COVID-19 agar kita dapat sama-sama hapuskan rantaian jangkitan COVID-19 atau mencegah dari penyebaran mahupun komplikasi pandemik di negara dan seterusnya dunia.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini