
Sulit
3 tahun
Vaksin covid19 selepas d&c
Adakah wanita yang baru sahaja melalui proses D&C (kurang daripada 2 minggu) sesuai untuk menerima vaksin Covid-19? Jika tidak, bilakah tempoh yang sesuai untuk menerima vaksin tersebut? Terima kasih.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami bahawa anda baru sahaja menjalani proses D & C dan ingin mengetahui jikalau anda boleh menerima vaksin Covid -19.
Ini tidak menjadi masalah kerana ianya bukanlah kontraindikasi vaksin.
Namun demikian,adalah disarankan untuk anda mendapat pendapat doktor anda agar pemeriksaan fizikal dan tahap kesihatan anda dapat diambil kira sebelum mengambil vaksin Covid -19.
Kami harap jawapan kami membantu.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami melalui konsultasi atas talian Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini