Sulit
4 tahun
Vaksin dan ambil ubat diklinik swasta
Assalamualaikum/Salam Sejahtera.Saya nak tanya tentang boleh ke kalau saya bawa ibu saya ke klinik swasta untuk mendapatkan bekalan ubat darah tinggi, kerana melihat kes yg semakin tinggi dan umur ibu yang sudah 60 tahun ke atas ianya risiko untuk membawa ibu saya ke klinik kesihatan. Lagi satu sebelum ini ibu saya telah dikuarantin di maeps dan hospital kerana paras oksigen rendah. Sekarang sudah pulang ke rumah dan dalam keadaan sihat, cuma bila agaknya saya boleh bawa ibu saya untuk mengambil vaksin? Boleh ke ambil vaksin awal kerana baru 2 minggu dari tarikh ibu saya discharge. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, anda boleh bawa ibu anda ke klinik swasta utuk dapatkan ubat darah tinggi. Selain itu, ibu anda boleh ambil vaksin Covid seawalnya setelah habis kuarantin dan keputusan ujian covid terkini adalah negatif. Pastikan sekurangnya 10 hari telah berlalu sejak timbulan gejala dan mengikuti SOP semasa hadiri ke pusat vaksinasi.
Sekiranya ujian covid terkini adalah positif, anda perlulah menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 untuk arahan terkini, serta tarikh temujanji anda untuk vaksinasi perlu diubahkan.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi pusat vaksinasi anda hadiri tersebut.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























