
Sulit
3 tahun
Vaksin di awal kehamilan.. 3 minggu
Assalamualaikum dan salam sejahtera doktor… sy ingin brtanya, sy hamil 3 minggu… dan saya di beri vaksin di awal kehamilan… adakah berisiko ?? sbb prmulaan tu saya menolak sbb sy risau akn kndungan saya sbb baru lagi… tpi ada doktor pnasihat di situ dia cakap boleh… dan skrg saya sudah di vaksin buat dos 1… yg mnjadi masalah buat saya ialah sy bimbang dgn kandungan sy… mohon pencerahan dari doktor adakah ia baik dan selamat… sekian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, wanita hamil adalah golongan yang berisiko tinggi dan digalakkan untuk mendapatkan vaksin Covid 19. Wanita hamil dibenarkan untuk divaksinasi pada bila-bila tempoh kehamilan selepas mengambil kira manfaat dan risiko. Semua jenis vaksin Covid 19 yang digunakan di Malaysia adalah selamat dan berkesan kepada wanita hamil.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini