
Sulit
3 tahun
Vaksin dos 2 bagi bekas pesakit covid-19
Selamat sejahtera, adik lelaki sy baru habis kuarantin 10 hari selepas positif covid-19. Hari ini, 29/08 dah pergi cac dan diberikan surat pelepasan. Pada 02/09 appointment vaksin dose 2. Untuk pengetahuan dia cat 2, dan masih batuk. Soalan sy, adakah selamat untuk meneruskan appointment vaksin tersebut? Sbb menurut pihak cac boleh teruskan appointment tersebut tapi sy masih tetap bimbang. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai soalan anda.
Untuk makluman anda, JKJAV telah mengumumkan bahawa bekas pesakit Covid19 boleh mengambil vaksin setelah sembuh daripada jangkitan virus Covid-19 dan tidak perlu menunggu 90 hari untuk mengambil vaksin. Oleh itu, anda boleh mendapatkan vaksin secepat mungkin. Sekiranya anda mempunyai masalah kesihatan, sila maklumkan kepada petugas kesihatan di pusat pemberian vaksin. Anda boleh menghubungi doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini