
Sulit
3 tahun
Vaksin dos kedua setelah pulih covid-19
Saya telah terima dos pertama pada 18/8/21, dos kedua pula dijadualkan pada 08/09/21.tapi saya telah dijangkiti covid-19 sebelum disuntik dos kedua. soalan ; bolehkah saya ambil dos kedua setelah sembuh nanti dan bila tarikh yang sesuai untuk saya dapatkan dos kedua itu?

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda ingin mengetahui bila anda boleh mengambil suntikan dos kedua vaksin memandangkan anda telah dijangkiti virus Covid. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh KKM, bekas pesakit Covid-19 tidak perlu menunggu selama 3 bulan untuk menerima suntikan vaksin. Oleh itu, anda boleh mendapatkan suntikan vaksin selepas anda sembuh daripada jangkitan ini. Anda perlu mengemaskini maklumat anda di MySejahtera supaya tarikh temujanji yang baru boleh diberikan untuk anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi talian JKJAV di 1800-888-828 ataupun menghubugi doktor kami secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini